Gambar di atas dihantar oleh Jeming Hasan pada pagi 24 Jun melalui Instagram.
Semalam penulis masih ingat PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa Husam Musa ditahan dan permohonan reman akan dibuat sebagaimana dilaporkan Harakan pada 23 Jun. Bermakna pada pagi 24 Jun baru permohonan reman akan dibuat oleh PDRM :
Tapi hari semalam 24 Jun belum pun mendapatkan reman, Husam Musa dilaporarkan telah dibebaskan. Adakah pihak polis tunduk dengan desakan mereka yang berdemo di hadapan balai pengakalan chepa?Permohonan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang sebelum ini akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 9.00 pagi bertukar ke IPD Kota Bharu.Sebelum ini, Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu.Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan.“Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks,” ujarnya.Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya.Peguambela itu juga mengakui Husam tidak begitu sihat kerana demam.Malam tadi Husam ditahan di lokap IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD kira-kira jam 11.00 malam.(Gambar bawah)Hadir sama isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman serta keluarga terdekat.Husam tiba di IPD Kota Bharu kira-kira jam 1.30 pagi dengan diiringi tidak kurang 13 buah kenderaan dari Balai Polis Ampang.Beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok petang semalam.
Jika begini, penulis tidak hairan kenapa pembangkang tidak hormati undang-undang!
Tangkapan HM tu main-main je kot ?
ReplyDeleteGi mahkamah utk reman 4 hari tapi dapat 2 hari - tak sampai 2 hari dah lepas ?
Ini cara baru Menteri baru KDN kut ... tak beri AMARAN ... ambil tindakan segera ... tapi main-main je kut ?