Tuesday, 25 June 2013

Belom Cukup 2 Hari Husam Musa Sudah Bebas, @PDRMsia Tunduk Tekanan PR?



Gambar di atas dihantar oleh Jeming Hasan pada pagi 24 Jun melalui Instagram.

Semalam penulis masih ingat PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa Husam Musa ditahan dan permohonan reman akan dibuat sebagaimana dilaporkan Harakan pada 23 Jun. Bermakna pada pagi 24 Jun baru permohonan reman akan dibuat oleh PDRM :
Permohonan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang sebelum ini akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 9.00 pagi bertukar ke IPD Kota Bharu.

Sebelum ini, Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu.

Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan.

“Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks,” ujarnya.

Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya.

Peguambela itu juga mengakui Husam tidak begitu sihat kerana demam.

Malam tadi Husam ditahan di lokap IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.

Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD kira-kira jam 11.00 malam.(Gambar bawah)

Hadir sama isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman serta keluarga terdekat.

Husam tiba di IPD Kota Bharu kira-kira jam 1.30 pagi dengan diiringi tidak kurang 13 buah kenderaan dari Balai Polis Ampang.

Beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok petang semalam.
Tapi hari semalam 24 Jun belum pun mendapatkan reman, Husam Musa dilaporarkan telah dibebaskan. Adakah pihak polis tunduk dengan desakan mereka yang berdemo di hadapan balai pengakalan chepa?

Jika begini, penulis tidak hairan kenapa pembangkang tidak hormati undang-undang!

Friday, 21 June 2013

Husam Musa MENGARUT!, Mati Kerana Melawan Kerajaan #blackout505 Ibarat 'MATI KATAK' - Mufti Kelantan


Mufti Kelantan menyifatkan kenyataan Husam Musa bahawa mereka yang terkorban dalam Himpunan Black Out 505 yang dijadualkan esok sebagai mati syahid sebagai KARUT!

Mereka yang menentang kerajaan tidak boleh dianggap syahid sebaliknya dianggap sebagai penderhaka dan malah kematian akibat tindakan melawan kerajaan adalah 'MATI KATAK'.



SUMBER

Sunday, 9 June 2013

Rakaman Penjenayah Ditembak Mati di Kota Bharu - Jenayah di Negeri Serambi Mekah Membimbangkan!



Rakaman penjenayah yang terlibat merompak kedai emas mati ditembak siang tadi di Kota Bharu. Kejadian rompakan bersenjata di negeri ini nampaknya semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan penduduk dan peniaga tempatan.

Adakah ini juga salah Tok Pa?

Saturday, 8 June 2013

Eloklah Anwar Ibrahim Boikot, Tunjukkan Pendirian Konsisten #BlackOut505 - @tunfaisal



KUALA LUMPUR: Sikap teragak-agak Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen telah mendapat kritikan daripada beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘bukti hipokrit’ pembangkang.

Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat, PR seharusnya memulaukan majlis angkat sumpah tersebut jika benar mereka tidak menerima keputusan PRU13.

“Tidak adil lah... tempat yang dia kalah, dia tidak boleh terima... tempat yang dia menang, dia terima. Ini adalah mentaliti budak-budak yang kalah.

“Himpunan 505 yang dilakukan adalah bagi membantah perjalanan PRU serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Eloklah Anwar Ibrahim boikot bagi menunjukkan pendirian yang konsisten,” kata beliau ketika dihubungi Astro Awani.

Kata Tun Faisal, jika mereka meneruskan angkat sumpah tersebut ia bermakna mereka menerima keputusan PRU13.

Jelasnya, ia berbeza dengan petisyen yang dibuat oleh BN kerana petisyen itu dibuat bagi mencabar perjalanan pilihan raya yang telah diganggu oleh PR.

“Petisyen yang dibuat oleh BN tidak mempertikaikan ketelusan SPR atau pilihan raya tersebut,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan keengganan PR memulaukan majlis angkat sumpah tersebut  membukti bahawa tuduhan terdapat ‘penipuan’ dalam pilihan raya umum baru-baru ini hanyalah satu sandiwara.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau pernah mencabar PR supaya memulaukan majlis tersebut sebagai bukti jika adanya ‘penipuan’.

“Itu bermakna tuduhan (yang mengatakan) SPR tak adil, PRU13 tipu hanya sandiwara. Saya pernah mencabar mereka dua minggu lepas agar boikot angkat sumpah MP bagi buktikan konon PRU13, SPR & Barisan Nasional (BN) tipu,” katanya dalam satu kiriman teks kepada Astro Awani.

Bagi Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, beliau mengalu-alukan tindakan ahli-ahli DAP dan Pas yang telah menolak idea memulaukan majlis itu.

“Tindakan mereka untuk tidak memulaukan majlis di Parlimen harus dipuji. Tiba masanya untuk bergerak ke hadapan... apa jua dakwaan atau tuduhan berkaitan SPR boleh didengar di mahkamah terbuka.”

“Hidup perlu diteruskan. Negara memerlukan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan untuk duduk dan bekerja bersama-sama, ia adalah penting untuk kita segera mulakan kerja,” kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kataya lagi, mana-mana Ahli Parlimen yang memulaukan majlis angkat sumpah itu akan meletakkan negara dalam situasi yang sukar.

Abdul Rahman juga menggesa Pakatan Rakyat supaya menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya pemberontak yang kuat, sambil menyifatkan himpunan 505 mungkin akan menjadi sesuatu yang dipersoalkan rakyat suatu hari nanti.


Sunday, 2 June 2013

#BadBoysRedBean Nak Rogol Amoi - Komunis Red Bean DAP Zalimi Bangsa Sendiri!


Seingat penulis video amoi ini dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, video amatur tanpa kamera yang canggih ini sedikit sebanyak memberi impak dalam kempen menarik sokongan rakyat Sarawak ketika itu.

Jika tiada impak, mana mungkin Red Bean Terrorist berdendam dengan amoi comel ini sehingga ke hari ini, malah peribadi amoi ini diserang. Menunjukkan DAP bersikap zalim terhadap bangsa mereka sendiri jika tidak sokong parti mereka.



Komunis Red Bean makin melampau, apabila sengaja mencabar pihak berkuasa untuk menahan mereka di rumah. PDRM nampaknya perlu melayan puak Red Bean sebagai pengganas dan komunis kerana mereka jelas tidak menghormati undang-undang negara.



Penulis tertarik dengan lirik lagu yang disiarkan di Blog DOUBLE-Y :

 

Saturday, 1 June 2013

Telaga di Portugal Tidak Unik Seperti Telaga 'Minyak' di Kelate!

Telaga unik di bawah terletak di Portugal...



Tetapi tak mampu melawan keunikkan telaga di Tumpat, Kelantan...

KAH..KAH..KAH!


Lawak paska-PRU13 oleh anak2 didik Husam Musa, NGOk-R...

Telaga minyak-siap-proses yang pertama ditemui di dunia, warna dah sama dengan petroleum RON95 dan dah boleh digunakan untuk menghidupkan enjin.

WOW!!
"Crude oil varies greatly in appearance depending on its composition. It is usuallyblack or dark brown"
-WIKI
Mungkin ini cara untuk menegakkan kelentong oleh ketua mereka yang telah direject di bumi Kelantan...





Satu peluru