Friday, 3 May 2013

#PRU13 : PAS Sedia Jadi Pembangkang Di Kelantan #TukarKelantan #BoLaWei #GelombangMerah


DETIK perubahan di negeri Kelantan saban hari kian terasa bahang kehangatannya apabila kempen Gelombang Merah yang dipelopori UMNO ternyata memberi kesan besar dalam meranapkan banyak kubu PAS di negeri ini.

Semarak kebangkitan itu bagaikan menyelinap ke setiap kampung, pekan dan bandar sehinggakan kerap kali menyebabkan pemimpin PAS hilang punca sampaikan sering kali hiruk-piruk mesyuarat dalaman PAS dibuatnya.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan inilah julung kalinya UMNO dan BN Kelantan benar-benar serius dan pemimpinnya saling bahu membahu bekerjasama untuk menumbangkan PAS setelah lebih dua dekad Kelantan dikuasai PAS.

Berdasarkan laporan mutakhir menunjukkan trend sokongan rakyat negeri ini semakin memihak kepada BN. Jelas sekali angin perubahan semakin dirasakan sedangkan di masa yang sama PAS masih lagi terkial-kial untuk memperkukuhkan semula kubunya.

Kawasan putih untuk BN makin berkembang menandakan peluang BN untuk menang di sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN dan 8 Parlimen pasti menjadi kenyataan.

Sekiranya tiada aral melintang dan jentera kempen BN terus bertenaga seperti sekarang atau digandakan lagi, berkemungkinan angka penguasaan BN dijangkakan mampu mencecah 31 DUN dan 9 Parlimen sekali gus menguasai kembali negeri itu dengan penuh bergaya.

Andai itu menjadi realiti, maknanya pada malam keputusan undi diumumkan, Kelantan bakal mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

Siapa lagi jika bukan Datuk Mustapha Mohamad yang dijangkakan tidak bermasalah untuk menewaskan PAS di DUN Air Lanas di samping mengekalkan kembali penguasaan UMNO di kerusi Parlimen Jeli.

Ini juga bermaksud, tanggal 5 Mei 2013 bakal menjadi hari terakhir Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan selepas hampir 23 tahun berada di kerusi empuk itu. - BISWARDIHASBI

No comments:

Post a Comment