Sidang media Tok Pa di Bilik Mesyuarat Sutera Inn petang tadi |
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri yang juga merupakan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed hari ini membuat kenyataan akan memfailkan saman fitnah terhadap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Husam Musa sekiranya gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.
Pada 23 Mac lalu, YB Husam Musa sewaktu pelancaran gerakan Kekal di Machang telah membuat satu kenyataan fitnah kononnya YB Dato Seri Mustapa Mohamed selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah memberikan 400 lot saham Felda Global Ventures kepada setiap Ketua UMNO Bahagian di kelantan secara percuma.
Beliau berkata tuduhan itu adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab. Beliau telah berbincang dengan peguam dan akan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan tempoh 48 jam akan diberikan untuk permohonan maaf dibuat.
Surat berdaftar akan dihantar kepada YB Husam Musa dan portal Harakah Daily termasuk pengarang dan ketua pengarangnya kerana telah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti YB Dato Seri Mustapa Mohamed.
Beliau memandang berat perkara ini. Sekiranya tiada permohonan maaf dibuat, saman fitnah akan difailkan di mahkamah tinggi. Kata beliau, beliau telah memimpin MITI selama 4 tahun dan telah melakukan yang terbaik. Tuduhan tidak berasas seperti itu ternyata tidak bertanggungjawab dan satu fitnah semata-mata.
Dalam sidang media yang diadakan pada jam 5.15 petang tadi di Bilik Mesyuarat Sutera Inn, beliau turut ditanya mengenai persediaan UMNO Kelantan menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Beliau berkata UMNO Kelantan dan seluruh jentera bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. BN Kelantan kini menanti pelancaran manifesto Barisan Nasional di peringkat nasional dan seterusnya BN Kelantan akan melancarkan manifesto berasingan di peringkat negeri. Manifesto untuk Kelantan akan turut termasuk janji-janji YAB PM semasa lawatannya ke Kelantan.
Tambah beliau lagi, BN Kelantan kali ini akan memasuki medan pertarungan dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding tahun 2008. Apabila ditanya soal calon, beliau menjawab perkara itu hanya akan diumumkan oleh Dato Seri Najib sebagai Pengerusi BN Malaysia.
Beliau juga berkata banyak fitnah akan disebarkan menjelang pilihanraya dan beliau berharap semua pihak dapat menjaga kata-kata dan mengelakkan dari menimbulkan ketegangan.
Rakyat pula diharap bijak menilai fakta dan tidak menerima bulat-bulat sesuatu perkara. Rakyat juga diingatkan supaya tidak bersifat fanatik dan pilihlah parti yang mampu membawa rakyat ke era yang lebih baik.
Beliau juga memuji kejayaan yang telah dicapai oleh Dato Seri Najib. Sepanjang 4 tahun PM Najib memerintah Malaysia, banyak perubahan dan transformasi yang telah dilakukan untuk negara, contohnya gagasan 1 Malaysia yang kini dilihat diterima oleh semua kaum. Semua golongan rakyat Malaysia juga diberi bantuan secara adil.

Dato Seri Najib dan BN ternyata telah melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Rakyat seharusnya bijak menilai parti mana yang telah banyak membantu rakyat selama ini.
selamat malam tuan puan, adik kakak semua.
ReplyDelete