UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.
Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.
Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.
Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.
Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim.
"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .
UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".
Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.
UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.
Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.
UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-
Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-
Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!
salam ziarah dari kedah. I am praying for Kelantan. Moga BN menang besar kali ini. In sya ALLAH. :)
ReplyDeleteInsyaAllah gerakan Tukar Kelantan berjaya... Saya kahwin dengan org Kelantan dan dalam pemerhatian saya tiada apa perubahan yg dilaksanakan oleh kerajaan negeri... Nasib baik ada pusat... Jalan pusat buat, pam air pusat bagi, baja pusat punya subsidi, tebatan banjir pusat yg buat.. kerajaan negeri isu air pun tak mampu selesai.. sampai skang umah mertua saya tak dapat air bersih.. Tukar Kelantan Tukar!!!!
ReplyDelete