Lebuhraya Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan telah dirasmikan batu asasnya pada 28 Mei 2012.
Perasmian majlis pecah tanah bagi pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai itu diadakan di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan.
Pembinaan lebuhraya sejauh 73 kilometer itu dijangka siap dalam masa tiga tahun dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion.
Konsep yang diguna pakai untuk pembinaan lebuh raya itu ialah lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.
Memang ramai yang mengharapkan projek ini menjadi kenyataan untuk kemudahan rakyat Kelantan berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala krai khususnya pada musim perayaan, namun ternyata lebih ramai rakyat Kelantan yang tersenyum sinis setiap kali kepimpinan kerajaan PAS Kelantan berbicara mengenai projek berkenaan kerana bukan mudah untuk mempercayai kerajaan yang telah banyak kali gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Lebih menjadi tanda tanya, projek Lebuhraya Rakyat ini dilancarkan pada 28 Mei tahun lepas ketika ia belum pun lagi mendapat kelulusan Mesyuarakat Exco Negeri.
Status jumlah kutipan derma dan status balak di sepanjang laluan juga tidak disebut. Selain itu, kerajaan PAS Kelantan juga tidak memberitahu dengan jelas bagaimana lebuhraya itu akan diselenggara kerana ia bukanlah lebuhraya bertol.
Kutipan derma pula disalurkan ke akuan syarikat dan bukan akaun perbadanan negeri. Rakyat tidak akan tahu jika wujud ketirisan. Jajaran lebuhraya belum pun diluluskan oleh JKR.
Semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran rakyat, semakin sukarlah untuk rakyat percaya projek ini akan terlaksana.
Untuk mengetahui status batu asas projek lebuhraya tersebut, penulis telah pergi sendiri ke tapak pelancaran.
Banting Majlis Pelancaran Lebuhrakya Rakyat masih digantung |
Melihat kepada corak sokongan penduduk di sana, nampak seperti ramai yang cenderung ke arah Barisan Nasional. Terdapat sekurang-kurangnya 5 pos BN di sana dan cuma 1 pos PAS.
Rata-rata penduduk kampung di sana melekatkan pelekat T dan TUKAR di kenderaan mereka. Mungkin mereka yang tinggal di sana lebih nampak dengan jelas bagaimana kerajaan PAS Kelantan cuba untuk membohongi rakyat.
Jalan masuk ke tapak pelancaran batu asas Lebuhraya Rakyat |
Sekurang-kurangnya 5 pos BN di kampung berkenaan |
Rata-rata kenderaan di kampung tersebut menggunakan pelekat T |
Setelah hampir setahun majlis pelancaran diadakan, keadaan di tapak batu asas masih kekal seperti dahulu malah telah dipenuhi semak samun.
Tapak pelancaran dipenuhi semak samun |
Tapak pelancaran dipenuhi tahi lembu |
Keadaan di tapak pelancaran |
Lagi keadaan di tapak pelancaran |
Pohon yang dulunya ditumbangkan Nik Aziz menggunakan jentolak sebagai simbolik pelancaran |
Batu asas masih gah berdiri |
Batu asas masih gah berdiri di situ. Sekali pandang sudah macam tempat pemujaan atau tembok besar cina! Tak tahulah kenapa kerajaan PAS Kelantan suka sangat buat batu asas untuk ditinggalkan sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang.
Sebelum pulang, penulis sempat melekatkan pelekat TUKAR di batu asas tersebut sebagai simbolik bahawa rakyat Kelantan sudah penat ditaburkan janji-janji manis dan kini rakyat Kelantan mahu menukar kerajaan Kelantan.
Cukup-cukuplah membuat rakyat tertanya-tanya dan ternanti-nanti. Itu bukan sifat kerajaan Islam! Kepada rakyat Kelantan yang masih mempercayai akan terbinanya lebuhraya ini oleh kerajaan PAS, lupakanlah!
Lebih baik undi BN pada PRU13 kerana salah satu janji dalam Manifesto BN adalah untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Mengapa masih perlu percaya kepada janji munafik PAS sedangkan janji BN sentiasa ditepati?
JANJI TINGGAL BATU! BO LA WEI!
pikir cakap 2
ReplyDelete