Thursday, 25 April 2013

#TukarKelantan : Rungutan peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah kepada kerajaan PAS #PRU13

Melihat bendera-bendera PAS banyak digantung di dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, penulis sangkakan peniaga-peniaga di pasar tersebut majoritinya menyokong PAS. Rupanya sebaliknya!

Rata-rata peniaga yang penulis temui tidak berpuas hati dengan urustadbir pasar tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.

Pelbagai rungutan yang dilontarkan termasuklah keadaan pasar yang tidak diurustadbir dengan baik, kos yang dikenakan dan peraturan yang tidak dikenakan mengikut yang sepatutnya.

Mereka mempertikaikan kecekapan pengurusan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pihak peniaga berkata mereka sudah banyak kali membuat aduan namun tiada tindakan susulan diambil. 

Puan Rohana Jaafar merungut mengenai jumlah pengunjung yang makin berkurang

Seorang peniaga yang telah lama berniaga di sana, Puan Rohana Jaafar berkata jumlah pengunjung yang datang ke pasar tersebut pernah mencapai 1 juta orang. Kini jumlah pengunjung yang datang kurang 500 orang seminggu. 

Mohd Kassim Hassan pernah memohon kipas dipasang tetapi tidak diluluskan MPKB

Selain itu, peniaga juga merungut tentang keadaan pasar yang panas dan tidak memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna. 

Mohd Kassim Hassan berkata semasa beliau menjadi pengerusi peniaga pernah membuat surat untuk memohon kipas dipasang di pasar tersebut. Permohonannya mendapat kelulusan UMNO Bahagian Kota Bharu, namun Majlis Perbandaran pula tidak memberi kelulusan.

Mohd Razali Ismail berkata peraturan pasar tidak dikuatkuasakan MPKB

Mohd Razali Ismail yang sudah 40 tahun berniaga di pasar berkenaan menyatakan hasrat untuk melihat pasar berkenaan ditambahbaik, barang-barang jualan teratur dan peraturan dikuatkuasakan. 

Ada peniaga yang tidak mengikut peraturan dengan menjual barangan runcit di tingkat bawah. Ini menjejaskan pendapatan peniaga lain. 

Katanya peraturan dikuatkuasakan dengan baik pada zaman pemerintahan BN tetapi berubah sejak diambilalih kerajaan PAS.

Beliau berharap jika BN berjaya mengambilalih kerajaan Kelantan, pasar berkenaan akan dibaikpulih kerana Dato Seri Najib semasa melawat pasar berkenaan telah berjanji untuk membaikpulih pasar.

Pasar berkenaan menempatkan lebih 1500 peniaga dan dibina ketika Barisan Nasional mentadbir Kelantan pada tahun 1986.

Saksikan video temubual bersama peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah. Kredit kepada Astro Awani.

BN menang, Rakyat senang. TUKAR!

No comments:

Post a Comment