Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas.


Selama ini macam-macam cerita dan rungutan didengari mengenai Pasar Besar Pasir Mas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar di pasar berkenaan, penulis pergi melihat sendiri keadaan di pasar tersebut.

Penulis amat terkejut melihatkan keadaan pasar yang begitu daif dan tidak diselenggara dengan baik. Begitu banyak perkara yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki. Atap pasar juga bocor kekotoran di mana-mana.

Papan tanda diluar pasar yang begitu usang
Atap pasar juga usang dan ada yang bocor

Masalah ini bukan sahaja menyulitkan pihak peniaga, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka kerana orang ramai pastinya tidak selesa apabila mengunjungi pasar berkenaan dengan keadaan sebegitu.

Keadaan pasar yang bersepah dan kotor
Ibarat pasar yang tidak pernah diselenggara

Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Projek pasar baru termasuk dalam projek pembinaan Bandar Tasek Raja yang merupakan pusat komersial baru yang turut menampakkan pasar besar dengan 1,600 unit gerai.

Projek yang bernilai RM75 juta itu dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013. Kini, suku pertama tahun 2013 telah pun berlalu dan sebatang cerucuk pun belum ditanam.

Peniaga-peniaga di pasar berkenaan masih lagi ternanti-nanti janji yang telah ditabur kerajaan PAS Kelantan. Mereka seperti dianiaya kerana terpaksa meneruskan usaha mencari rezeki di pasar yang daif seperti itu.

Apabila ditanya adakah wakil rakyat tempatan ada datang menjenguk melihat keadaan pasar, peniaga menjawab apabila hampir musim mengundi barulah boleh nampak batang hidung wakil rakyat.

Menurut peniaga lagi, wakil rakyat hanya mementingkan ceramah setiap masa berbanding berusaha untuk mencari jalana menyelesaikan masalah di pasar tersebut.

Peniaga juga berkata bayaran sebanyak RM60 setahun dikenakan kepada peniaga untuk kerja pengurusan tetapi hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Terdapat hampir 1000 orang peniaga di pasar besar besar berkenaan. Jika didarabkan RM60 yang dibayar untuk kerja pembersihan dengan jumlah 1000 orang peniaga, ke manakah RM60,000 menghilang? Takkan masuk kantung dana pilihanraya juga?

Inikah negara berkebajikan yang dilaungkan PAS? Bukan sahaja mereka gagal menunaikan janji, malah kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka pun gagal dijaga.

Belum lagi disebut janji-janji PAS yang lain. Kerajaan PAS layak digelar kerajaan batu asas dan kerajaan billboard. Perlaksanaan mereka tidak sehebat apa yang dipamerkan di billboard. Batu asas yang mereka lancarkan tidak menjamin projek akan diteruskan dan disiapkan.

Tonton video rintihan dan keluhan peniaga Pasar Besar Pasir Mas :-



Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

1 comment:

  1. bandar kito neyh..mmg xda perubahan sbb ore nego cni xse bralih..nk beki gano..xkea nk beki smbil duk jual..tu kna wt di bandar baru pasir mas..pah nyo kato jauh..bandar p.mas kecik boh..

    ReplyDelete