Sunday, 10 March 2013

#TukarKelantan : 2000 hadiri ceramah Minda Pondok walaupun disabotaj PAS!


Ceramah-ceramah anti PAS di seluruh Kelantan semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Jika di sebelah petang semalam 20,000 berhimpun di Perhimpunan Rakyat Kelantan Naik Angin bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sebelah malam pula hampir 2000 orang menghadiri ceramah Minda Pondok dengan kerjasama UMNO Wakaf Bharu.

Ceramah yang diberi tajuk "DAP ikut PAS atau PAS ikut DAP" itu diadakan di perkarangan stesen minyak Shell Wakaf Bharu.

Ceramah turut dihadiri Ketua Cawangan UMNO Wakaf Bharu, Dato Sri Ahmad Sukimi Ibrahim sebagai tuan rumah dan juga Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Datuk Hj. Mohd Rosdi.

Datuk Hj. Rosdi sebagai penceramah pertama menyentuh tentang ceramah PAS yang selalu menabur fitnah. Dalam ceramah terakhir PAS di Pasar Wakaf Bharu yang menampilkan 3 orang penceramah, boleh dikatakan lebih 90% isi ceramah adalah fitnah semata-mata. Pada ceramah tersebut, Dato Hj. Rosdi difitnah kononnya beliau kaya semasa menjadi wakil rakyat. Lihat jawapan kepada fitnah tersebut di bawah.


Penceramah kedua adalah Ustaz Azwadi dari Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau menyentuh mengenai kejadian di Lahad Datu. Beliau menegaskan bahawa kejadian di Lahad Datu bukannya satu sandiwara sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Batu (PKR), YB Tian Chua.

Penceramah utama, Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Samsul Mohd Yusuff iaitu Al-Hafiz dari Minda Pondok menyentuh soal aqidah umat Islam yang semakin terancam.


Hadirin langsung tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga ceramah berakhir. Mereka beristighfar selepas isu aqidah dikupas oleh Ustaz Hj. Mohd Samsul. 

Ada yang melaung supaya menolak Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Ada juga yang mengutuk Nik Aziz yang dilihat sudah jauh lari dari landasan perjuangan Islam sebenar, malah hari demi hari dilihat semakin memesongkan aqidah umat Islam.

Ceramah itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir separuh daripada keseluruhan hadirin adalah wanita.

Ceramah itu dilihat sangat berjaya kerana mampu menarik hampir 2000 orang walaupun ada cubaan untuk mensabotaj ceramah tersebut oleh PAS.


Bagi mengalihkan perhatian rakyat khususnya anak-anak muda, PAS mengatur program tayangan skrin besar perlawanan bola sepak Liga Super 2013 yang menemukan Kelantan dan Lions XII dan juga Selangor dan Darul Takzim FC.


Rakyat juga dijanjikan hadiah-hadiah cabutan bertuah berupa hamper, basikal dan lain-lain. Namun, apa yang mengecewakan adalah tayangan skrin besar tidak diadakan sepertimana yang dijanjikan.

Rakyat Kelantan seharusnya bijak menilai pihak mana yang lebih ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Untuk rekod, pada bulan Februari lepas, lebih 3000 orang hadir di ceramah PENDITA anjuran UMNO Wakaf Bharu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu. Ceramah ketika itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan. Lihat gambar-gambar ceramah tersebut di sini.

No comments:

Post a Comment