Selepas tertangguh beberapa hari akibat hujan lebat, Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013) meneruskan kembara ke Parlimen Machang dan Kuala Krai.
Kembara di Parlimen Machang dan Kuala Krai asalnya dijadualkan pada 25 Februari yang lepas, namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan memaksa kembara ditangguhkan. Beberapa jalan laluan SKT2013 turut dinaiki air ketika itu.
Kembara yang tertangguh tersebut diteruskan pada hari Sabtu, 2 Mac 2013. Kembara terpaksa dimulakan sedikit lewat iaitu pada waktu tengahari akibat beberapa masalah dan kesulitan.
SKT2013 bertolak dari Kota Bharu ke Machang pada jam 1 petang. Pemuda-pemuda bermotor berkumpul di Machang dan menantikan ketibaan SKT2013 di sana.
Ketua UMNO Bahagian Machang, Dato Jazlan turut hadir memberikan sokongan. Setibanya di Machang, sesi pidato berlangsung bagi membakar semangat anak-anak muda untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.
SKT2013 kemudiannya diiringi 300 pemuda-pemuda bermotor bergerak ke DUN Temangan. SKT2013 turut melalui jalan-jalan kampung untuk memastikan semua golongan masyarakat dapat didekati.
Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan bagi mengedarkan barangan-barangan seperti stiker, belon, pamphlet dan sebagainya.
Pada jam 7 malam, SKT2013 bergerak ke bandar Kuala Krai dan singgah di program Dikir Barat Janji Ditepati di perkarangan Hospital Kuala Krai.
SKT2013 bermalam di Kuala Krai sebelum meneruskan perjalanan ke Parlimen Gua Musang pada keesokan harinya.
Lihat gambar-gambar sekitar SKT2013 di Parlimen Machang dan Kuala Krai:
VIDEO KHAS BUAT PUAK PAS DI KELANTAN:
No comments:
Post a Comment