Monday, 25 March 2013

Al-Fatihah! Negara kehilangan seorang ulamak berwibawa


Al Fatihah. Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Allahyarham adalah antara ulamak yang sangat dikagumi oleh rakyat Malaysia. Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah banyak menyertai forum-forum kebangsaan dan juga antarabangsa.

Allahyarham juga adalah antara ulamak yang menentang tuduhan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Peribadi yang dibawa Allahyarham sewajarnya dipuji. Allahyarham sentiasa melontarkan hujah-hujah bernas, tenang ketika berhujah dan tidak pernah emosional dalam berhujah.

Berbeza dengan sesetengah ulamak yang hanya gah dengan gelaran dalam parti dan dibantu sentimen ketaksuban rakyat terhadap mereka.

Ulamak yang baik sepatutnya membimbing dan menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan dan mengelirukan rakyat. Ulamak yang baik juga tidak seharusnya menyemai sentimen kebencian dalam kalangan rakyat.

Video di bawah adalah salah satu video yang memaparkan kenyataan Allahyarham yang wajar difikirkan dengan teliti oleh rakyat Malaysia. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.

Allahyarham pernah berkata, “Demi Allah, Malaysia bukan negara sekular. Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme & nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asas istilah itu.”

No comments:

Post a Comment