Sunday, 3 February 2013

Anak Muda Kelate Mahu 'HIJRAH' Dari Jambatan Palekbang Ke Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra!


Jambatan Sultan Yahya Petra II dibuka kepada pengguna jalanraya sekitar jam 6.30 petang oleh Dato Sri Mustapa Mohamed yang melakukan pelepasan sebagai simbolik pembukaan jambatan tersebut disaksikan beberapa pemimpin tempatan.

Pembukaan laluan sehala jambatan tersebut yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu itu dilihat mampu mengurangkan kesesakan lalu-lintas yang dialami oleh rakyat Kelantan sejak sekian lama.


Projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petramerupakan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pusat untuk rakyat Kelantan sekaligus menafikan dakwaan kononnya Kelantan dianak-tirikan sebagaimana didakwa kerajaan negeri PAS Kelantan.


Jambatan ini  mula boleh digunakan untuk laluan sehala, penulis tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Jambatan Palekbang yang diumumkan pembinaannya oleh kerajaan PAS Kelantan kerana lebih 17 tahun ia masih belum siap sepenuhnya.

Bukan sahaja tidak siap sepenuhnya, batu asas projek jambatan tersebut kini dianggap 'tugu' keramat oleh pemuja-pemuja nombor ekor di Kelantan.

Adakah projek jambatan Palekbang tergendala kerana tabung kutipan PAS belum mencukupi?

Kahkahkahkah!


Salah siapa?

Tok Guru terlupa untuk menyiapkannya kah?

Kahkahkahkah!

Melihat janji ditepati yang diamalkan oleh kerajaan BN, memang wajarlah jika anak-anak muda ini ingin berhijrah yakni dari terus berharap dengan segala janji munafik PAS Kelate.


Hijrah dari PAS kepada BN!


No comments:

Post a Comment