Friday, 19 September 2014

#PengkalanKubor : Video Fitnah YB Nasaruddin Daud @PDRMsia Tolong Ambil Tindakan!



Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ;
“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Mengikut undang-undang kenyataan yang dibuat oleh YB Nasaruddin Daud jelas mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.


Petikan laporan Mstar :
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 
Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.   
Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.   
Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.     
Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dah Hubungan Serantau Negeri.   
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima la
SUMBER 
poran tersebut.


Monday, 4 August 2014

ISRAEL MENGAKU KALAH?

Sebahagian pasukan tentera darat Israel termasuk kereta kebal mula berundur dari beberapa kawasan di Genting Gaza sehari selepas rejim Zionis melancarkan gelombang kedua keganasan yang telah meragut lebih seratus nyawa di wilayah itu.

Menteri Pertahanan Israel, memaklumkan mereka hanya akan meneruskan operasi untuk memusnahkan baki lebih 30 terowong rahsia milik Hamas.

Saksi di utara Gaza mengesahkan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilihat meninggalkan kawasan terbabit secara serentak.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu kononnya mereka bersedia untuk melancarkan semula operasi tersebut jika ia mengancam keselamatan Tel Aviv.

Netanyahu dengan angkuh berkata operasi ketenteraan ke atas Genting Gaza akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa lama dan terpaksa menggunakan kekuatan tentera lebih besar.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan Netanyahu sebenarnya keliru dengan krisis yang dicipta sendiri olehnya.

Pengunduran Israel itu membuktikan dakwaan beberapa pihak bahawa rejim Zionis kini kehabisan aset ketenteraan dan tindakan tersebut sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka, laporan dipetik dari AFP. - SINAR

Sunday, 11 May 2014

Jemputan Kepada Pengamal Media, Aktivis Siber Kelate ke Majlis Ramah Mesra Bersama Tok Pa


Semua pengamal media, aktivis siber seperti blogger, facebookers dan twitterians anak Kelantan dijemput memeriahkan majlis ramah mesra bersama Tok Pa pada 13 Mei 2014 bertempat di Dewan Hotel Perdana, Kota Bharu.

Sila nyatakan kehadiran saudara/saudari kepada penyelaras program Saudara Deen Qaseem di talian 0139832181.

Jemput belako deh....


Tuesday, 29 April 2014

Situasi Cemas Sewaktu Pesawat Ringan Terhempas Di Pengkalan Chepa...


Seorang juruterbang pelatih cedera di muka dan badan setelah pesawat ringan dipandu terhempas di satu kawasan tanah lapang di Taman Kurnia, Jaya, Pengkalan Chepa Kelantan. Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari tadi. Mangsa dikenali sebagai Shankar Muthu, 20 tahun. - SELANJUTNYA

VIDEO





Kami menghubungi APFT, yang beribu pejabat di Damansara, Selangor. Menurut pengurus kualiti syarikat latihan penerbangan itu, Kapten Hazri Satriawan Haron, satu siasatan menyeluruh akan dijalankan. Beliau yang dalam perjalanan ke Kelantan ketika dihubungi berkata, satu kenyataan penuh akan dikeluarkan esok. Dalam insiden tengah hari ini, juruterbang pelatih, Shankar Muthu, cedera di kepala dan badan. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menerima rawatan lanjut. - SELANJUTNYA

VIDEO

Sunday, 20 April 2014

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kibar Bendera Separuh Tiang, Apa Sumbangan Karpal Singh?


Bendera negeri Pulau Pinang dikibar separuh tiang bagi memperingati kematian Karpal Singh. Penulis bukan mahu memburukkan individu yang telah mati, tetapi tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menunjukkan mereka begitu mengagungkan Karpal Singh.

Alangkah bagus jika pengorbanan perajurit negara ketika peristiwa Lahad Datu turut diberikan penghormatan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Tetapi malangnya pengorbanan perwira negara bukan saja tidak dihargai malah dihina dengan pelbagai kata nista.



Thursday, 17 April 2014

#IsuAirSelangor : @anwaribrahim 'Pucat' Selepas Dicabar Untuk Berdebat. Kita Tunggu Apa Lakonannya Seterusnya!!

Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP), Sdr Ramesh Rao Krishnan Naidu telah mendesak supaya MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membubarkan DUN dengan segera dinegeri tersebut.


Tindakan yang dilakukan Sdr Ramesh adalah sangat relevan dan bertepatan dengan masa, kerana penulis sendiri pun sudah tidak sanggup untuk melihat rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan politik PKR sekarang ini. Sudah semakin teruk dan bodoh jadinya.

Walaupun dalam keadaan seperti ini, pergolakan dalaman PKR masih lagi tidak pulih, ekoran dengan nafsu serakah pemimpin PKR yang gila kuasa.

Selain itu, Sdr Ramesh juga telah membidas Kerajaan Selangor berkaitan isu catuan air yang dilihat semakin serius. Jika masalah ini masih lagi tidak menemui penyelesaian, Ramesh Rao berkata NGO negeri Selangor tidak teragak-agak untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) bagi mengatasi isu ini.

Ramesh Rao juga telah mencabar Ketua Umum Pembangkang, DS Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan barisan pakar-pakar tentang isu air ini. Maklumlah, dalam isu catuan air ini kan, Anwar yang selalu jadi hero sebelum ini.. Hakikatnya, ianya cumalah fakta yang dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat dan memburukkan kerajaan pusat semata-mata.

Tonton video dibawah:


Tuesday, 11 March 2014

#SelawatPerdana: Foto dan Video Majlis Pelancaran Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul.



Sidang Media dan Pelancaran Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul Selawat Perdana baru sahaja selesai. Majlis turut dihadiri oleh Datuk Noh Gadut dan turut mendapat sokongan barisan artis popular seperti Datuk Rosham Nor, Johan Asaari, Adi Putra dan ramail lagi.

Untuk foto-foto semasa perasmian Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang diadakan petang tadi, sila klik --> SINI


Umat Islam yang mahu mengikuti program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul disarankan untuk tidak membawa unsur-unsur ideologi politik pada program tersebut.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin berkata ideologi pemahaman politik tidak diperlukan dalam program tersebut bagi melihat umat Islam di negara ini untuk terus bersatu dalam memperjuangkan Ukhmah Islamiah.

"Apabila kita bercakap berhubung soal Islam dan Agama, ada sesetengah orang melebelkan bahawa hanya parti politik tersebut sahaja yang mampu untuk menghuraikan dan membawa Agama Islam.

"Kami generasi muda tidak berfikir bahawa parti politik itu adalah segala-galanya. Kita mahukan satu penyatuan besar yang membawa wadah perjuangan yang besar ukhwah Islamiah untuk bersatu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Selawat Perdana di sini, hari ini.

Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang dianjurkan oleh barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana akan diadakan pada 21 Mac ini di Dataran Masjid Putra, Putrajaya.

Dengan bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan, program yang bermula pada jam 9 malam itu dibuat bagi menghimpunkan umat Islam terutama golongan muda supaya mengagungkan kebesaran Allah SWT dab menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon yang perlu dicontohi.

Disamping itu, program tersebut dilihat meberi manfaat kepada umat Islam apabila budaya selawat, zikir dan qasidah dapat menjadi pemankin perpaduan umat Islam di Malaysia.

Program kali ini lebih berbentuk santai kepada hadirin yang hadir apabila turut menghadiri program tersebut iaitu pendakwah terkenal, Habib Syech Abdul Qodoir As Seggaf dan tausiyah pula disampaikan oleh Habib Ali Zaenal.

Turut dimenyerikan keadaan dengan kehadiran kumpulan In-Team, Al-Mawlid dan finalis program Imam Muuda, Pencetus Ummah serta ikon agamawan.

Dianggarkan lebih setengah juta pengunjung menghadiri program tersebut yang turut disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah, Astro Oasis, RTM1 dan Streaming Live. -  Rakyat News

Monday, 10 March 2014

#PrayForMH370 Nelayan Lihat Pesawat #MH370 Terbang Rendah, Saham @MAS Menjunam!


Masuk hari ketiga pesawat MH370 masih belum ditemui dan dilaporkan operasi mencari diperluaskan serta melibatkan lebih enam negara. Semalam dilaporkan pesawat yang membawa 239 penumpang beserta anak kapal terputus hubungan sebaik berlepas dari KLIA.

Sumber Flight Radar 24 memaklumkan pesawat hilang dari radar selepas 40 minit ia berlepas.


Hari ini seorang nelayan mendakwa melihat sebuah pesawat yang terbang dalam keadaan agak rendah ketika sedang memancing di Kuala Besar, Badang, Kota Bharu.


Ekoran insiden kehilangan pesawat ini dilaporkan saham milik MAS menjunam 18% kepada rekod yang rendah.
"Shares in Malaysia Airlines plunged 18% to a record low as the search for a missing jet continued for a third day.
A multinational team has been looking for Flight 370 since Saturday after it disappeared en route from Kuala Lumpur to Beijing.
Shares in the firm recovered some of the early fall, but are already down more than 33% for the year.
Malaysia Airlines has been struggling as low cost carriers have increased competition in the region.
A planned share swap with budget airline Air Asia was called off in 2012, after pressure from Malaysia Airline's unions forced the firm to scrap the proposal.
In 2013, Malaysian Airline System, the firm that operates Malaysia Airlines, reported a loss of 1.17bn ringgit ($360m) compared with a 432m ringgit loss in 2012."
Sama-sama kita mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar.


Bersama kita menyelami perasaan ahli keluarga mereka yang terbabit serta menghormati perasaan mereka. 

Usah sebar spekulasi biarlah pihak berwajib melakukan tugas mereka.

Esok adalah penamaan calon bagi PRK N25 Kajang jangan biar rakyat Kajang ditipu air mata Wan Azizah [KLIK]

Thursday, 6 March 2014

HANYA 15 HARI LAGI : PENGANJUR #SelawatPerdana HARAP PENYERTAAN SEMUA PEMIMPIN POLITIK


Tinggal lagi 15 hari saja lagi untuk umat Islam bersama-sama berqasidah dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H.

Program selawat perdana yang berkonsepkan penyatuan ummah bagi mengukuhkan ukhwah persaudaraan sesama umat Islam merupakan anjuran Gerakan Anak Muda Dakwah sebuah badan bebas terdiri dari anak-anak muda tempatan.

Walaupun tiada promosi besaran di televisyen, program selawat perdana meraih sokongan pelbagai pihak di mana laman Facebook rasmi telah berjaya mengumpulkan lebih 106,000 likes dalam tempoh dua minggu. 

Marilah kita bersama-sama gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan qasidah dan selawat pada 21 Mac 2014 jam 8.00 malam bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Precint 1.

Ikuti perkembagan terbaru, di laman Facebook - SELAWAT PERDANA

Demi kesatuan, perpaduan dan persaudaraan!

Wednesday, 26 February 2014

STOP POLITIK! Jom Sek Kito Pakat Gi Malam Cinta Rasul!! #SelawatPerdana


Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik. - Sumber
 
Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdanaInstagram : @SelawatPerdana 
Untuk yang terlupa, berikut rakaman sekitar program Malam Cinta Rasul bertempat di Stadium Badminton Cheras bersama Habib Syech Qader dan Habib Ali Zaenal, saksikan video dibawah:

Sunday, 9 February 2014

Isu Teresa Kok : Melayu Kelantan Bangkit Pertahan Maruah


Kebiadapan Teresa Kok yang mempersenda pemimpin negara serta kaum Melayu melalui video Onederful Malaysia sempena Tahun Baru Cina terus dikecam oleh pelbagai pihak dan NGO. Semalam kaum Melayu Kelantan bangkit berhimpun di Kota Bharu.

Badar Online :
KOTA BHARU 8 Feb. - Orang Melayu di  Kelantan berhimpun dihadapan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk membuat bantahan terhadap Teresa Kok yang telah menghina bangsa Melayu melalui video 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baru Cina. 
Mereka berhimpun pada jam 1 tengahari tadi untuk memberi amaran kepada Teresa Kok dan bangsa Cina DAP supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan dan fikirkan natijah yang akan berlaku. Selanjutnya

Sunday, 5 January 2014

MERCEDEZ @cmlimguaneng: #PakatanRakyat Beli Pakai Duit Rakyat, #UMNO Beli Pakai Duit Rasuah? @SPRMMalaysia

Guan Eng mendakwa, beliau mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana ia tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.


Guan Eng mendakwa, beliau mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana ia tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.

“Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz,” tegas Lim.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP menyindir lanjut dengan mendakwa hanya di Malaysia pembelian kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat akan disiasat oleh SPRM.

“Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara.

“Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan Pakatan. Ini benar-benar Malaysia Boleh!” sindir Guan Eng dalam kenyataannya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang membeli Mercedes Benz S300L untuk Guan Eng pada harga RM298,263.75 dengan potongan sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.

Inilah sindrom penyakit putar belit prinsip yang sering menjangkiti pembangkang termasuklah Lim Guan Eng.

Andaikata pentadbiran BN yang membuat pembelian dengan diskaun sehingga 55 peratus, pasti beliau akan mempersoalkan kenapa peniaga atau pembekal sanggup memberikan potongan setinggi itu.

Pasti Guan Eng mempersoalkan kemungkinan ada kepentingan lain dalam urusniaga berkenaan yang mungin membawa keuntungan jangka panjang yang boleh “cover” kembali berlipat kali ganda kehilangan akibat pemberian diskaun peniaga atau pembekal terbabit.

Harus diingat, 55 peratus potongan harga ke atas Mercedez-Benz S300L yang dibeli untuk Guan Eng bukan sahaja dari pengecualian cukai, tetap juga diskaun RM100,000.

Pengecualian cukai adalah kehilangan pendapatan untuk kerajaan dan itu tidak mengapa rakyat boleh pejam mata.

Tetapi diskaun itu bermakna margin keuntungan peniaga berkenaan merosot RM100,000!!!

Peniaga mana yang begitu baik hati sanggup hilang keuntungan sebanyak itu, malah turut memberi jaminan jika permohonan pengecualian cukai tidak diluluskan, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tidak perlu membeli kereta berkenaan dan boleh memulangkannya?

Pelik, mencurigakan dan meragukan sungguh urusniaga sebegini.

Satu lagi yang mahu dipersoalkan ialah prinsip mudah ekonomi “want vs need” atau antara kehendak dan keperluan.

Apakah perlu Guan Eng memiliki kereta mewah baru ketika kereta jenis Camry 2.5 yang tidak kurang baik juga kualkitinya baru dua bulan digunakan serta masih dalam keadaan “tip-top” atau cemerlang?

Jika benar kerajaan negeri pimpinan Guan Eng mampu membuat tawar menawar hingga memperolehi diskaun sebegitu rupa, bukankah lebih elok beliau tidak tunggu dahulu sehingga keadaan ekonomi stabil serta masalah peningkatan kos hidup rakyat pulih atau sekurang-kurangnya sehingga usia Toyota Camry 2.5 itu agak lama sedikit untuk melakukan urusniaga menukar kereta baru?

Itu dulu soal prinsip yang perlu Guan Eng jawap:-

1. Kenapa perlu membazir untuk memenuhi KEHENDAK dan CITARASA untuk melaram dengan kereta mewah baru sedangkan tiada KEPERLUAN berbuat demikian kerana kereta mewah sedia ada masih baru dan elok?

2. Apa hubungan atau kepentingan pembekal terbabit dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng hingga beliau begitu baik hati sanggup hilang keuntungan RM100,000 malah memberi jaminan jika permohonan pengecualian cukai ditolak kereta berkenaan boleh dipulangkan? Soal SPRM mahu siasat atau tidak itu bidang kuasa agensi itu dan Guan Eng tidak perlu memutar belit dan menjilat semula ludahnya.

bnbbc

Thursday, 2 January 2014

SALURKAN BANTUAN ANDA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-AMIN

Adik-adik di Pusat Tahfiz Al-Amin.
InsyaAllah kerja-kerja membina bangunan Induk Pusat Tahfiz Al-Amin (PTAA) di No.69 Lot 210, Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman.

Pembinaan untuk fasa pertama akan dimulakan awal tahun ini (2014). Kos bagi fasa pertama ini memerlukan dana sebanyak RM500,000. Pihak Pengurusan PTAA masih lagi membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk wakaf bagi projek pembinaan ini. Satu bahagian wakaf cuma RM25.

Bagi yang berminat, bolehlah menyalurkan wakaf anda ke akaun "Pusat Tahfiz Al Amin" :

Bank Islam : 02057010031773
CIMB ISLAMIC : 02070000093100
BSN : 02136-41-00004852-9
Maybank : 5571 6620 0836

Maklumkan wakaf tersebut melalui sms kepada :
Pengerusi (Ust Ismail Bin Saad) 019-4586172,
Mudir ( Md Daud Abdul Rahman) 013-4305756
Bendahari ( Sham Affin) 0124798937.

Atau kepada mana-mana AJK/Ustaz agar dapat diasingkan dari infaq biasa, zakat dan sebagainya.

Insyaallah, gambar akan admin update dalam masa terdekat- email : pusattahfizalamin@gmail.com

Wednesday, 1 January 2014

#GulingKerajaan: Kronologi Penuh Sepanjang Perhimpunan.


7.50 pm - Kurang 50 orang bawa bendera NGO pembangkang,sembayang tepi jalan depan Sogo, ada dikesan lepak di LRT Masjid Jamek dan B.Bintang

Sebelum-sebelum ini Dataran Merdeka ditutup bila pembangkang nak berdemo. Malam tadi TIDAK. Ada konsert Ambang Tahun Baru oleh Amy Search dan lain-lain.

Kemudiannya sekitar 500 penunjuk perasaan kebanyakkannya remaja dikesan berkumpul dalam jumlah-jumlah kecil di Dataran Merdeka, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek, Sogo, Masjid Negara dan bangunan PAS Pusat.

Sumber-sumber memberitahu, penunjuk perasaan tersebut akan mula bergerak pukul 9 malam untuk berkumpul di hadapan bangunan DBKL sebelum meneruskan ke Dataran Merdeka pukul 10 malam.

Sekitar jam 8.40 malam empat bas PDRM penuh dengan anggota polis diiringi dua van dan tujuh lori PDRM tanpa muatan memasuki perkarangan Dataran Merdeka.

Ketika ini kebanyakkan aktivis pembangkang berkumpul di Komplex Membeli-Belah Sogo, Masjid Jamek, Pejabat PAS di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sehingga jam 9.00 malam , Dataran Merdeka, kawasan utama yang dijadikan lokasi pembangkang menganjurkan demontrasi nampaknya masih tenang-tenang saja. Walaupun ada dua tiga kerat yang mula tunjuk muka dan pamer sepanduk anti kerajaan depan bangunan Sultan Abdul Samad.

9.20 pm - Perarakan lebih kurang 1000 orang dari LRT Masjid Jamek ke Dataran DBKL. Suasana bising dan 'menakutkan' kata wartawan Agendadaily dilokasi.

Menurutnya, sebentar tadi penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran Merdeka dan kini polis sudah membuat hadangan.

9.40 pm - Polis dan penunjuk perasaan 'bertentang mata'. Polis cool tengok gelagat puak tu dok bersorak sakan tepi Dataran Merdeka sebelah DBKL.

Katanya ada rundingan antara penunjuk perasaan dan polis.

10.20 pm - Walaupun ada yang cuba nak buat kacau... di dalam kawasan Dataran Merdeka tetap meriah dengan konsert Ambang Tahun Baru. Lebih kurang 10 ribu hadir. Tak ambil port kumpulan penunjuk perasaan yang dok melalak di luar Dataran. Keadaan terkawal. Polis di lihat berjaga-jaga di sekeliling Dataran.

10.00 pm - Lagi dua perarakan dikesan dari Sogo menghala ke Dataran dan dari Jalan Raja Laut (HQ PAS) ke Dataran. Anggaran 1500 penunjuk perasaan. Unit Amal PAS kawal lalu lintas. Keadaan bising dengan sorakan penunjuk perasaan.

10.45 pm - Peserta himpunan TURUN dan GULING ketika ini sedang berpusu-pusu di sekeliling jalan masuk ke Dataran Merdeka dengan berhimpun beramai-ramai, membuat bising serta sedang menunggu masa untuk merempuh masuk ke dataran berkenaan.

Wartawan Agendadaily dilokasi memberitahu terdapat dua senario berbeza, di dalam Dataran lebih 10 ribu orang ramai memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru sambil menonton konsert, manakala di luar Dataran, ada lebih kurang lima ribu yang dok 'melalak' slogan anti kerajaan dengan jeritan reformasi dan lain-lain.

Difahamkan mereka yang berada di luar Dataran akan cuba masuk ke dalam Dataran sekitar jam 11 malam ini. Polis membuat tiga lapis hadangan dari tempat penunjuk perasaan berkumpul sehingga ke dalam Dataran.

Sehingga kini tiada tangkapan yang dilaporkan.

11.00 pm - Tepat jam 11.00 malam ,setelah kiraan satu, dua tiga...beramai-ramai, penunjuk perasaan SERBU Dataran Merdeka. Berpecah pada dua kumpulan. Satu ikut bentang (belakang Selangor Club) satu lagi ikut tepi sungai. Polis pantau keadaan. Tiada tangkapan ataupun gas pemedih mata dilepaskan.

Konsert Ambang Tahun Baru terus berjalan. Penunjuk perasaan berkumpul depan jam besar. Wartawan Agendadaily beritahu penunjuk perasaan dijangka REMPUH padang tengah Dataran Merdeka tepat jam 12.00 tengah malam tadi.

Sementara itu penonton konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka panik sekejap tengok gerombolan penunjuk perasaan mara ke arah mereka. Bagaimanapun polis berjaya bentuk benteng baru memisahkan mereka. Kini penunjuk perasaan berkumpul depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kekacauan bermula

11.30 pn - Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.

Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kira-kira jam 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

Pasukan polis dan penguatkuasa DBKL kini ambil alih pentas utama. Satu bentang dibentuk depan pentas. Penunjuk perasaan berada atas padang Dataran Merdeka.

Konsert Ambang Tahun baru DIHENTIKAN jam 11.35 malam selepas ada balingan objek ke pentas. Orang ramai dah bercampur dengan penunjuk perasaan. Penonton konsert beransur balik.

11.51 pm - Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagi 'kuliah' pada penunjuk perasaan. Minta semua penunjuk perasaan bertenang dan jangan menggangu kelancaran majlis.

“Saya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menyeru supaya masyarakat tidak menggunakan emosi, sila jaga ketenteraman awam”, katanya dihadapan peserta perhimpunan.

Ucapan beliau disorak oleh penunjuk perasaan. Namun beliau cool saja teruskan ucapan minta semua jangan bahayakan keselamatan anak-anak kecik yang datang bersama ibu bapa untuk meraikan sambutan tahun baru.

"Kepada yang datang dari luar Kuala Lumpur, saya ucapkan selamat datang. Berilah peluang kepada semua pihak sambut tahun baru dengan aman..."ujarnya.

Beliau mengakhiri ucapan tepat jam 11.58 minit malam. Penunjuk perasaan menjerit reformasi jam 12.00 tengah malam. Tak ada pertunjukkan bunga api. Keadaan terkawal, ramai yang mula beransur balik.

Sebelum itu, keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan penunjuk perasaan hilang punca dan lesu.

Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.

Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan.