Sunday, 5 January 2014

MERCEDEZ @cmlimguaneng: #PakatanRakyat Beli Pakai Duit Rakyat, #UMNO Beli Pakai Duit Rasuah? @SPRMMalaysia

Guan Eng mendakwa, beliau mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana ia tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.


Guan Eng mendakwa, beliau mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana ia tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.

“Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz,” tegas Lim.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP menyindir lanjut dengan mendakwa hanya di Malaysia pembelian kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat akan disiasat oleh SPRM.

“Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara.

“Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan Pakatan. Ini benar-benar Malaysia Boleh!” sindir Guan Eng dalam kenyataannya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang membeli Mercedes Benz S300L untuk Guan Eng pada harga RM298,263.75 dengan potongan sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.

Inilah sindrom penyakit putar belit prinsip yang sering menjangkiti pembangkang termasuklah Lim Guan Eng.

Andaikata pentadbiran BN yang membuat pembelian dengan diskaun sehingga 55 peratus, pasti beliau akan mempersoalkan kenapa peniaga atau pembekal sanggup memberikan potongan setinggi itu.

Pasti Guan Eng mempersoalkan kemungkinan ada kepentingan lain dalam urusniaga berkenaan yang mungin membawa keuntungan jangka panjang yang boleh “cover” kembali berlipat kali ganda kehilangan akibat pemberian diskaun peniaga atau pembekal terbabit.

Harus diingat, 55 peratus potongan harga ke atas Mercedez-Benz S300L yang dibeli untuk Guan Eng bukan sahaja dari pengecualian cukai, tetap juga diskaun RM100,000.

Pengecualian cukai adalah kehilangan pendapatan untuk kerajaan dan itu tidak mengapa rakyat boleh pejam mata.

Tetapi diskaun itu bermakna margin keuntungan peniaga berkenaan merosot RM100,000!!!

Peniaga mana yang begitu baik hati sanggup hilang keuntungan sebanyak itu, malah turut memberi jaminan jika permohonan pengecualian cukai tidak diluluskan, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tidak perlu membeli kereta berkenaan dan boleh memulangkannya?

Pelik, mencurigakan dan meragukan sungguh urusniaga sebegini.

Satu lagi yang mahu dipersoalkan ialah prinsip mudah ekonomi “want vs need” atau antara kehendak dan keperluan.

Apakah perlu Guan Eng memiliki kereta mewah baru ketika kereta jenis Camry 2.5 yang tidak kurang baik juga kualkitinya baru dua bulan digunakan serta masih dalam keadaan “tip-top” atau cemerlang?

Jika benar kerajaan negeri pimpinan Guan Eng mampu membuat tawar menawar hingga memperolehi diskaun sebegitu rupa, bukankah lebih elok beliau tidak tunggu dahulu sehingga keadaan ekonomi stabil serta masalah peningkatan kos hidup rakyat pulih atau sekurang-kurangnya sehingga usia Toyota Camry 2.5 itu agak lama sedikit untuk melakukan urusniaga menukar kereta baru?

Itu dulu soal prinsip yang perlu Guan Eng jawap:-

1. Kenapa perlu membazir untuk memenuhi KEHENDAK dan CITARASA untuk melaram dengan kereta mewah baru sedangkan tiada KEPERLUAN berbuat demikian kerana kereta mewah sedia ada masih baru dan elok?

2. Apa hubungan atau kepentingan pembekal terbabit dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng hingga beliau begitu baik hati sanggup hilang keuntungan RM100,000 malah memberi jaminan jika permohonan pengecualian cukai ditolak kereta berkenaan boleh dipulangkan? Soal SPRM mahu siasat atau tidak itu bidang kuasa agensi itu dan Guan Eng tidak perlu memutar belit dan menjilat semula ludahnya.

bnbbc

Thursday, 2 January 2014

SALURKAN BANTUAN ANDA KEPADA PUSAT TAHFIZ AL-AMIN

Adik-adik di Pusat Tahfiz Al-Amin.
InsyaAllah kerja-kerja membina bangunan Induk Pusat Tahfiz Al-Amin (PTAA) di No.69 Lot 210, Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman.

Pembinaan untuk fasa pertama akan dimulakan awal tahun ini (2014). Kos bagi fasa pertama ini memerlukan dana sebanyak RM500,000. Pihak Pengurusan PTAA masih lagi membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk wakaf bagi projek pembinaan ini. Satu bahagian wakaf cuma RM25.

Bagi yang berminat, bolehlah menyalurkan wakaf anda ke akaun "Pusat Tahfiz Al Amin" :

Bank Islam : 02057010031773
CIMB ISLAMIC : 02070000093100
BSN : 02136-41-00004852-9
Maybank : 5571 6620 0836

Maklumkan wakaf tersebut melalui sms kepada :
Pengerusi (Ust Ismail Bin Saad) 019-4586172,
Mudir ( Md Daud Abdul Rahman) 013-4305756
Bendahari ( Sham Affin) 0124798937.

Atau kepada mana-mana AJK/Ustaz agar dapat diasingkan dari infaq biasa, zakat dan sebagainya.

Insyaallah, gambar akan admin update dalam masa terdekat- email : pusattahfizalamin@gmail.com

Wednesday, 1 January 2014

#GulingKerajaan: Kronologi Penuh Sepanjang Perhimpunan.


7.50 pm - Kurang 50 orang bawa bendera NGO pembangkang,sembayang tepi jalan depan Sogo, ada dikesan lepak di LRT Masjid Jamek dan B.Bintang

Sebelum-sebelum ini Dataran Merdeka ditutup bila pembangkang nak berdemo. Malam tadi TIDAK. Ada konsert Ambang Tahun Baru oleh Amy Search dan lain-lain.

Kemudiannya sekitar 500 penunjuk perasaan kebanyakkannya remaja dikesan berkumpul dalam jumlah-jumlah kecil di Dataran Merdeka, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek, Sogo, Masjid Negara dan bangunan PAS Pusat.

Sumber-sumber memberitahu, penunjuk perasaan tersebut akan mula bergerak pukul 9 malam untuk berkumpul di hadapan bangunan DBKL sebelum meneruskan ke Dataran Merdeka pukul 10 malam.

Sekitar jam 8.40 malam empat bas PDRM penuh dengan anggota polis diiringi dua van dan tujuh lori PDRM tanpa muatan memasuki perkarangan Dataran Merdeka.

Ketika ini kebanyakkan aktivis pembangkang berkumpul di Komplex Membeli-Belah Sogo, Masjid Jamek, Pejabat PAS di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sehingga jam 9.00 malam , Dataran Merdeka, kawasan utama yang dijadikan lokasi pembangkang menganjurkan demontrasi nampaknya masih tenang-tenang saja. Walaupun ada dua tiga kerat yang mula tunjuk muka dan pamer sepanduk anti kerajaan depan bangunan Sultan Abdul Samad.

9.20 pm - Perarakan lebih kurang 1000 orang dari LRT Masjid Jamek ke Dataran DBKL. Suasana bising dan 'menakutkan' kata wartawan Agendadaily dilokasi.

Menurutnya, sebentar tadi penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran Merdeka dan kini polis sudah membuat hadangan.

9.40 pm - Polis dan penunjuk perasaan 'bertentang mata'. Polis cool tengok gelagat puak tu dok bersorak sakan tepi Dataran Merdeka sebelah DBKL.

Katanya ada rundingan antara penunjuk perasaan dan polis.

10.20 pm - Walaupun ada yang cuba nak buat kacau... di dalam kawasan Dataran Merdeka tetap meriah dengan konsert Ambang Tahun Baru. Lebih kurang 10 ribu hadir. Tak ambil port kumpulan penunjuk perasaan yang dok melalak di luar Dataran. Keadaan terkawal. Polis di lihat berjaga-jaga di sekeliling Dataran.

10.00 pm - Lagi dua perarakan dikesan dari Sogo menghala ke Dataran dan dari Jalan Raja Laut (HQ PAS) ke Dataran. Anggaran 1500 penunjuk perasaan. Unit Amal PAS kawal lalu lintas. Keadaan bising dengan sorakan penunjuk perasaan.

10.45 pm - Peserta himpunan TURUN dan GULING ketika ini sedang berpusu-pusu di sekeliling jalan masuk ke Dataran Merdeka dengan berhimpun beramai-ramai, membuat bising serta sedang menunggu masa untuk merempuh masuk ke dataran berkenaan.

Wartawan Agendadaily dilokasi memberitahu terdapat dua senario berbeza, di dalam Dataran lebih 10 ribu orang ramai memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru sambil menonton konsert, manakala di luar Dataran, ada lebih kurang lima ribu yang dok 'melalak' slogan anti kerajaan dengan jeritan reformasi dan lain-lain.

Difahamkan mereka yang berada di luar Dataran akan cuba masuk ke dalam Dataran sekitar jam 11 malam ini. Polis membuat tiga lapis hadangan dari tempat penunjuk perasaan berkumpul sehingga ke dalam Dataran.

Sehingga kini tiada tangkapan yang dilaporkan.

11.00 pm - Tepat jam 11.00 malam ,setelah kiraan satu, dua tiga...beramai-ramai, penunjuk perasaan SERBU Dataran Merdeka. Berpecah pada dua kumpulan. Satu ikut bentang (belakang Selangor Club) satu lagi ikut tepi sungai. Polis pantau keadaan. Tiada tangkapan ataupun gas pemedih mata dilepaskan.

Konsert Ambang Tahun Baru terus berjalan. Penunjuk perasaan berkumpul depan jam besar. Wartawan Agendadaily beritahu penunjuk perasaan dijangka REMPUH padang tengah Dataran Merdeka tepat jam 12.00 tengah malam tadi.

Sementara itu penonton konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka panik sekejap tengok gerombolan penunjuk perasaan mara ke arah mereka. Bagaimanapun polis berjaya bentuk benteng baru memisahkan mereka. Kini penunjuk perasaan berkumpul depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Kekacauan bermula

11.30 pn - Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.

Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.

Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Kira-kira jam 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.

Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.

Pasukan polis dan penguatkuasa DBKL kini ambil alih pentas utama. Satu bentang dibentuk depan pentas. Penunjuk perasaan berada atas padang Dataran Merdeka.

Konsert Ambang Tahun baru DIHENTIKAN jam 11.35 malam selepas ada balingan objek ke pentas. Orang ramai dah bercampur dengan penunjuk perasaan. Penonton konsert beransur balik.

11.51 pm - Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagi 'kuliah' pada penunjuk perasaan. Minta semua penunjuk perasaan bertenang dan jangan menggangu kelancaran majlis.

“Saya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menyeru supaya masyarakat tidak menggunakan emosi, sila jaga ketenteraman awam”, katanya dihadapan peserta perhimpunan.

Ucapan beliau disorak oleh penunjuk perasaan. Namun beliau cool saja teruskan ucapan minta semua jangan bahayakan keselamatan anak-anak kecik yang datang bersama ibu bapa untuk meraikan sambutan tahun baru.

"Kepada yang datang dari luar Kuala Lumpur, saya ucapkan selamat datang. Berilah peluang kepada semua pihak sambut tahun baru dengan aman..."ujarnya.

Beliau mengakhiri ucapan tepat jam 11.58 minit malam. Penunjuk perasaan menjerit reformasi jam 12.00 tengah malam. Tak ada pertunjukkan bunga api. Keadaan terkawal, ramai yang mula beransur balik.

Sebelum itu, keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan penunjuk perasaan hilang punca dan lesu.

Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.

Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan.