Saturday, 30 November 2013

PIL KUDA PALING BANYAK DI KELANTAN

KOTA BHARU 30 Nov. - Penggunaan pil methamphetamine atau pil kuda di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dengan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sekurang-kurangnya 60 orang ditahan setiap hari kerana positif mengambil bahan terlarang itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah penahanan tersebut konsisten sejak 30 bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam tempoh itu adalah sekurang-kurangnya 54,000 orang.

Katanya, statistik itu merisaukan kerana penggunaan pil kuda turut membabitkan remaja dan mendorong kepada berlakunya beberapa jenayah lain seperti kecurian harta benda dan jenayah berat seperti rogol serta kekerasan.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Monday, 25 November 2013

#HukumHudud PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
SHAH ALAM : Parti Islam Semalaysia (PAS) tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutunya DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang.
Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama DAP tidak membataskan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut di negeri Kelantan.

"Hak dia bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan. Itu tak ada dalam perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan ideologi masing-masing." -
Abdul Hadi Awang
 
"Kerjasama kita (Pakatan Rakyat) dalam perkara persamaan, dalam perkara perbezaan itu hak masing-masing," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Shah Alam di sini.

Beliau mengulas mengenai rayuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terhadap PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Karpal Singh
Menurut Karpal, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Katanya, DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebelum ini media melaporkan mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

Persoalannya :

1.Bilakah kerajaan PAS negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum HUDUD di negeri Kelantan? 

2.Adakah Kerajaan PAS Kelantan tidak bersedia untuk melaksanakan hukum HUDUD? 

3.Adakah kata-kata mereka hanya manis dimulut?

Thursday, 21 November 2013

#KonsertDestini: Berhibur Sambil Beramal, Jom Sek Kito Pakat Tolong Oghe Susoh!! @NajibRazak @Aizuddin_MAG

Dipetik dari laman berita mStar Online:


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.

Dato Aizuddin sedang memberi penerangan kepada pemohon sewaktu penjelajahan kali pertama, Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 (JDAB 2012) di Bagan Datoh, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

"Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.

Datuk Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini.
Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.

Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Rossa

Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.

"Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.

Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.

Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186. - BLOG YDAB

Friday, 15 November 2013

TAN SRI ANNUAR MUSA KELUARKAN KENYATAAN BERKENAAN HUDUD DI KELANTAN


Kenyataan dari laman Facebook beliau sendiri, selepas Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di Negeri ini.

Beliau yang merupakan seorang pemimpin UMNO telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk Hukum Allah itu dilaksanakan secepat mungkin di Kelantan.


Sehingga kini Kerajaan Pas Kelantan masih belum memberi sebarang respon/keputusan mengenai pelaksanaan Hukum Hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang atau lebih dikenali dengan negeri Serambi Mekah yang indah ini.

Jika sebelum ini mereka lantang berkata bahawa UMNO menolak Hukum ALLAH, bagaimana pula dengan mereka? Adakah mereka hanya pandai berkata-kata tetapi takut untuk melaksanakannya? Walhal Jabatan Kehakiman Syariei Kelantan telah pun bersedia untuk melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini.