Thursday, 28 February 2013
[VIDEO] : Port Karaoke Disko 'Veteran' - Port Maksiat Kedua di Kelantan!
Rakaman 'Goyang Kucing Garong' semalam yang terletak di Jalan Long Sulaiman iaitu hanya 600 meter dari rumah Nik Aziz adalah sebahagian daripada kemaksiatan yang berlaku di negeri Kelantan.
Sebagaimana kami nyatakan semalam bahawa terdapat 17 karaoke ala disko secara terbuka ini adalah lokasi kedua yang terletak di Panji, Kota Bharu.
Lokasi yang dipaparkan di dalam video di atas pernah didedahkan oleh blogger 'kickdefella' sebelum ini, namun hasil tinjauan kami mendapati, ia masih beroperasi sehingga kini dan seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan.
Lebih memalukan di sebalik tuduhan kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh BN membenarkan maksiat berleluasa ekoran terdapat pusat-pusat hiburan.
Kelantan nampaknya lebih advance berbanding negeri yang ditadbir oleh BN ini kerana pusat hiburan karaoke haram ini mampu beroperasi sehingga 4.00 pagi malah ada juga yang beroperasi 24 jam.
Ini baru sebahagian yang kami dedahkan untuk membuka mata Tok Guru Nik Aziz yang hanya tahu mengkritik pemimpin BN seolah-olah pentadbirannya selama 23 tahun berjaya menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat Kelantan.
Dua video ini jelas membuktikan bahawa Nik Aziz Nik Mat yang memegang rejim pemerintahan Kelantan, seorang ularmak gagal menerapkan nilai Islam sebenar kepada rakyat Kelantan!
Malah MPKB - Bandaraya Islam gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah peraturan yang sedia ada :
Rakaman dua video jelas menunjukkan aksi perempuan cukup umur menyanyi di khalayak ramai, adakah MPKB - Bandaraya Islam tidur?
Budak cina dan saloon yang dimiliki individu bukan beragama Islam, sibuk mereka kenakan tindakan. Tetapi pusat karaoke haram begini dibiarkan bebas beroperasi, adakah dalang yang melindungi kegiatan-kegiatan ini?
Jangan nopak Tok Guru deh!
Kalu nok nopak pun tunggu 15 lagi rakaman yang lagi syiok dan panas yang akan kami keluarkan di masa akan datang...
Negeri Serambi Mekah, nyanyian dan hiburan secara terbuka sehingga Subuh?
Takdir!!!
RALAT : Lokasi semalam adalah di Jalan Long Sulaiman, Pulai Melaka bukannya Long Yunus sebagaimana tertera. (Long Yunus, Paya Bemban pun ada port nanti kita bagi)
Artikel semalam : Maksiat Hanya 600 Meter Dari Rumah Nik Aziz!
Wednesday, 27 February 2013
#ManifestoBukanJanji : Royalti Tiada Dalam Manifesto, NGO R Tidak Diiktiraf?
Royalti minyak adalah salah satu isu yang dimanipulasikan PAS bagi menarik sokongan rakyat terutamanya rakyat Kelantan.
Walaupun sudah jelas berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak, PAS tetap memainkan isu tersebut bagi menyemai sentimen kebencian pada rakyat.
Dengan memanipulasi isu royalti, PAS mampu menimbulkan satu persepsi bahawa kerajaan pusat menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.
Kesungguhan PAS memainkan isu royalti sememangnya tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan royalti adalah satu-satunya isu yang boleh membuat rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional.
Bagi memastikan isu royalti minyak ini terus hangat diperkatakan, satu pertubuhan bukan kerajaan yang digelar NGO R telah dibentuk.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh NGO R untuk menarik sokongan rakyat termasuk berhimpun di perkarangan mahkamah, berbasikal, berkonvoi dan sebagainya.
Memang banyak usaha yang telah dilakukan oleh NGO R dan PAS untuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan, kononnya, namun perjuangan itu dilihat sia-sia kerana rupanya pembayaran royalti minyak sebanyak 20% tiada dalam manifesto Pakatan Rakyat!
Bukan main lagi PAS menjaja isu royalti kepada rakyat dan memberi harapan kepada rakyat bahawa royalti minyak akan dibayar kepada Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada PRU13. Hari ini rupanya perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh kepimpinan Pakatan Rakyat kerana pembayaran royalti minyak kepada Kelantan langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Malah, aktivis-aktivis NGO R sendiri dilihat mula tidak senang duduk melihat manifesto Pakatan Rakyat. Mereka kini terpinga-pinga kerana isu yang mereka mainkan selama ini seolah-olah dipandang enteng oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bukan sahaja aktivis-aktivis NGO R, malah penyokong-penyokong gerakan itu sendiri ada yang mula mempertikaikan keseriusan Pakatan Rakyat untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan.
klik untuk besarkan |
Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak.
Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu.
Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.
Adakah alasan 'terlepas pandang' boleh dianggap relevan sedangkan isu royalti bukanlah satu isu yang kecil, malah penolakan rakyat terhadap BN khususnya di Kelantan adalah disebabkan manipulasi terhadap isu tersebut.
Jika PAS melihat isu royalti sebagai isu yang besar dan wajib diperjuangkan demi masa hadapan rakyat Kelantan yang lebih baik, isu itu tidak sepatutnya dipandang enteng dan tidak wajar tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.
Kini timbul persoalan adakah Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan? Adakah perjuangan NGO R selama ini cuma salah satu usaha untuk terus mengelirukan rakyat Kelantan?
Setelah apa yang berlaku, Presiden NGO R Nazri Deraman menghadap Anwar Ibrahim untuk memperbetulkan manifesto. Sampai gini mo lalu nah! Mudahnya mereka memperbetulkan manifesto, di kedai kopi pun boleh buat. Kita nantikan adakah pembayaran royalti minyak kepada Kelantan akan dimasukkan ke dalam manifesto versi cetak atau tandatangan Anwar Ibrahim itu tidak memberi apa-apa makna.
Manifesto dengan mudahnya dIperbetulkan semasa makan. |
Berdasarkan apa yang telah terjadi, rakyat sepatutnya dapat menilai bahawa isu royalti minyak cuma retorik yang dimainkan oleh PAS.
Isu royalti minyak Kelantan adalah umpama isu hudud yang seringkali dibangkitkan menjelang pilihanraya, tetapi hakikatnya agenda pelaksanaan hukum hudud langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
PAS dahulunya sering merujuk Al-Quran, kini mereka merujuk Buku Jingga. Walhal apa yang ada di dalam Buku Jingga cuma retorik dan sekadar gula-gula untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.
Jika pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga sekalipun, adakah segala janji-janji mereka boleh dipercayai? Banyak janji-janji mereka selepas PRU12 masih belum ditunaikan, malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto bukan janji.
Jika manifesto bukan janji, untuk apa bentangkan kepada rakyat?
Jom saksikan seloka mengenai Buku Jingga oleh Nabil Raja Lawak dan Salleh Yaakob!
Saksikan juga fakta sebenar mengenai royalti minyak Kelantan berdasarkan perundangan.
"TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK LAYAK?"
[VIDEO] : Maksiat Berlaku Hanya 600 Meter Dari Rumah Nik Aziz! - #TukarKelantan
Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.
Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.
Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990.
Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI. Ini membuktikan bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang dilaungkan oleh PAS adalah retorik politik semata-mata.
Siapa kata maksiat tiada di Kelantan dan hanya terdapat di negeri diperintah oleh BN, rakaman video di bawah membuktikan bahawa maksiat berlaku di mana-mana termasuklah berdekatan dengan rumah Nik Aziz!
#TukarKelantan : Lebih 1000 orang berbaju merah isi minyak di stesen minyak milik anak Nik Aziz!
Sebelum ini 10,000 rakyat Kelantan berhimpun di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan sempena Himpunan Tukar Kelantan (#HTK2013) untuk menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.
Kemudian 16,000 rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Putra Bukit Jalil sempena Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan (#HAK2013). Mereka juga sebulat suara mahu menukar kerajaan pimpinan Nik Aziz di Kelantan.
Kali ini, lebih 1000 orang berbaju merah yang berkonvoi bersama Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013) menyerang kubu kuat PAS, Parlimen Pengkalan Chepa, malah berhenti untuk mengisi minyak motosikal di stesen minyak Petronas milik anak Nik Aziz.
Memang pening kepala Nik Aziz kali ini memikirkan nasibnya dan partinya di Kota Darulnaim. Semua golongan rakyat Kelantan termasuk warga pondok, guru-guru, mahasiswa dan anak-anak muda kini menuntut perubahan di Kelantan.
Lihat gambar-gambar dan video SKT2013 di Parlimen Pengkalan Chepa baru-baru ini. Laporan penuh SKT2013 hari kedua boleh dilihat di sini.
TUKAR!!!
Tuesday, 26 February 2013
#TukarKelantan : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!
Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.
Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.
Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.
Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.
Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.
Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.
Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.
Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.
Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.
Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.
Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.
Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.
Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.
Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!
Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?
Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas! |
Anda nilai sendiri!
[VIDEO] : Guru menangis kenangkan tindakan biadap aktivis NGO R
Sudah menjadi cita-cita dan impian seorang pendidik untuk melihat anak-anak didiknya berjaya dan menjadi seorang manusia berguna di masa hadapan.
Namun, mengenangkan tindakan biadap Jeming Hassan dan rakan-rakannya yang lain dalam NGO R menyebat patung Dato Seri Mustapa Mohamed, seorang guru tidak dapat menahan sebak lalu menangis selepas menyaksikan tayangan aksi biadap aktivis-aktivis NGO R itu.
Cikgu Ruzi binti Daud dari SK. Kg. Nara, Pasir Puteh bangun dan memberikan pandangan sambil menangis dalam satu program Tok Pa bersama guru-guru kaunselor seluruh Kelantan. Pandangan Cikgu Ruzi membuatkan seluruh dewan sebak seketika.
Mungkin timbul rasa terkilan dalam hati cikgu Ruzi apabila melihat seorang anak muda tergamak berkelakuan biadap dan langsung tidak menghormati pemimpin.
Mungkin juga timbul persoalan dalam dirinya tentang di manakah silapnya didikan keluarga dan guru selama ini sehingga kelakuan biadap seperti itu boleh berlaku.
Jeming Hassan langsung tidak layak dijadikan ikon anak muda di Kelantan. Tidak ada sebab untuk anak Kelantan yang berfikiran waras untuk menjadikan Jeming Hassan sebagai idola.
Rakyat Kelantan sepatutnya bijak menilai perilaku aktivis-aktivis R. Mereka cuba menarik sokongan rakyat melalui kebencian. Walhal kebencian yang ditanam dalam diri tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan memberi kesan negatif.
Kepada aktivis-aktivis R terutamanya Jeming Hassan, jika kalian tidak lagi malu dengan tindakan-tindakan biadap kalian, setidak-tidaknya malulah pada guru-guru kalian. Tidak pernahkah kalian terfikir apa perasaan guru-guru kalian selepas melihat tindakan kalian hari ini? Wajarkah guru-guru kalian berbangga dengan tindakan kalian hari ini?
Rakyat Kelantan perlu buat penilaian sewajarnya. Adakah golongan anak muda seperti aktivis-aktivis NGO R itu layak menjadi pelapis kepimpinan negeri di masa akan datang?
Ayuh kita dengar satu pesanan oleh seorang pemimpin!
Monday, 25 February 2013
#SKT2013 : Giliran Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh dibadai gelombang merah!
Selepas mendapat sambutan hebat pada hari pertama dan kedua kembara, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) semalam meneruskan kembara di hari ketiga.
Selepas menjelajah Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Kubang Kerian pada hari pertama serta Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Bachok pada hari kedua, SKT2013 meneruskan kembara pada hari ketiga dengan menjelajah Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh.
Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh dijangka berkemungkinan besar akan kembali ke tangan BN pada PRU13 nanti. Kehadiran SKT2013 ke dua parlimen tersebut pastinya menyemarakkan lagi gelombang merah di sana.
SKT2013 sekali lagi bermula di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan dan kemudiannya bergerak ke DUN Kadok, DUN Kok Lanas dan DUN Melor. Jalan-jalan yang dilalui adalah Perol, Nilam Puri, Buloh Poh, Pak Badol dan Bukit Abal.
Gelombang merah di jalanraya! |
Ucapan di Parlimen Ketereh |
Pada waktu petang, SKT2013 menjelajah Parlimen Pasir Puteh yang meliputi DUN Selising, DUN Limbongan, DUN Semerak dan DUN Gaal. Jalan yang dilalui pula adalah jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Jalan Semerak, Tok Bali, Banggol Petai dan jalan lama ke Machang-Jalan Banggol Judah.
Konvoi SKT2013 di perkarangan bangunan Kelab Radio Amatur & Rekreasi Pasir Puteh |
Semangat untuk TUKAR |
Peserta konvoi SKT2013 bersedia di Pasir Puteh |
Hampir 300 buah motosikal bersiap sedia di Semerak |
SKT2013 tiba di Semerak |
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim berucap di Semerak |
Deretan konvoi SKT2013 di jalanraya menuju ke SMK Jeram, Pasir Puteh |
SKT2013 juga turut melalui jalan-jalan kampung untuk mendekati orang-orang kampung. Ternyata SKT2013 mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai yang sedang minum di kedai kopi juga ramai yang melaungkan "TUKAR" apabila melihat SKT2013.
Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa kawasan untuk mengagihkan barangan seperti fliers, stiker, tshirt, VCD, bendera dan belon.
Sambutan yang terlalu hebat menyebabkan SKT2013 kehabisan stok tshirt dan stiker. Namun begitu, orang ramai yang tidak berpeluang mendapat barangan dari SKT2013 tidak kecewa, malah tetap bersemangat untuk berkonvoi bersama.
Sukarelawan-sukarelawan TUKAR tetap bersemangat! |
Stiker T mendapat permintaan tinggi dan dengan bangga ditampal pada kenderaan masing-masing! |
Kembara semalam berakhir di SMK Jeram, Pasir Puteh. Pada malamnya, sukarelawan-sukarelawan TUKAR beristirehat sambil menyaksikan persembahan dikir barat di SMK Jeram. Mat Glamour turut hadir dan membuat persembahan.
SKT2013 tiba di SMK Jeram, Pasir Puteh |
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan di SMK Jeram, Pasir Puteh |
Persembahan dikir barat di SMK Jeram, Pasir Puteh ditonton oleh lebih 150 orang |
Hari ketiga kembara adalah hari paling mencabar setakat ini kerana hujan turun dengan lebat di waktu pagi dan renyai di waktu petang. Namun begitu, konvoi motosikal sedikit pun tidak terencat kerana semua peserta konvoi cukup bersemangat untuk meredah hujan.
Peserta-peserta konvoi tidak kisah bermandi hujan dan keringat asalkan agenda untuk tukar kerajaan PAS Kelantan dapat disampaikan kepada rakyat Kelantan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Sanggup redah hujan demi menyampaikan agenda TUKAR! |
Lagi gambar-gambar sekitar hari ketiga kembara SKT2013 di bawah.
Pada hari keempat kembara, SKT2013 akan menjelajah Parlimen Machang dan Parlimen Kuala Krai. Nantikan ketibaan SKT2013 di tempat anda!
Lihat juga laporan lengkap SKT2013 pada hari pertama di sini dan hari kedua di sini.
Sunday, 24 February 2013
[VIDEO] : #TukarKelantan - Regim PAS Rampas Hak Pemandu Teksi Selama 23 Tahun Pemerintahan
Inilah yang dilakukan oleh regim PAS Kelantan sepanjang pemerintahan mereka selama 23 tahun, sebelum 1990 kerajaan yang ketika itu ditadbir oleh BN, tapak yang digunakan oleh para pemandu teksi di sekitar Pasir Puteh ini diratakan dan diubah suai untuk keselesaan pemandi teksi.
Tapak yang digunakan oleh Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh tidak dikenakan apa-apa caj sewa, sebaliknya para pemandu teksi dibenarkan menjalankan urusniaga mereka tanpa perlu memikirkan soal kos sewa bulanan.
Namun selepas kekalahan UMNO/BN pada tahun 1990, tapak tanah berkenaan yang belum sempat ditukar nama, kerajaan regim PAS bertindak cuba merampas tapak berkenaan. Jika para pemandu teksi tidak mahu memindahkan operasi mereka, mereka perlu membayaar sewa bulanan.
Inilah antara siri kekejaman PAS di sebalik nama Islam!
#TukarKelantan : Rakyat sepanjang 2 kilometer di ceramah UMNO!
Ceramah UMNO di seluruh negeri Kelantan terus mendapat sambutan luar biasa. Baru-baru ini lebih 5000 orang hadir di ceramah UMNO di Pengkalan Chepa.
Kelmarin, lebih 3000 orang hadir di ceramah PENDITA anjuran UMNO Wakaf Bharu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu. Ceramah disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan. Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Rosdi Ab. Aziz.
Rakyat Kelantan dilihat berada dalam mood untuk menukar kerajaan PAS Kelantan. Momentum ini terbukti melalui siri-siri ceramah UMNO di seluruh Kelantan sejak beberapa bulan ini.
Jika dahulu ceramah UMNO selalunya hambar sambutannya, kini ceramah UMNO sering mendapat kehadiran luar biasa. Sebaliknya pula berlaku pada PAS apabila hampir setiap siri ceramah mereka tidak mendapat sambutan.
PAS kini dilihat tidak mampu menarik ramai orang untuk hadir ke ceramah berkelompok mereka. PAS kini cuma mengharapkan program besar-besaran yang memerlukan pemimpin-pemimpin utama mereka untuk turun padang untuk menarik orang ramai ke ceramah mereka.
Lihat sambutan hebat ceramah UMNO di Wakaf Bharu kelmarin!
PAS pastinya gusar melihat sambutan rakyat Kelantan terhadap UMNO. Impian rakyat Kelantan untuk melihat perubahan berlaku di Kelantan tidak mustahil.
Jangan lupa PAS memerintah Kelantan cuma dengan kelebihan satu kerusi selepas PRU11. PRU12 tidak boleh dijadikan kayu ukuran sebenar kerana berlaku tsunami politik ketika itu. PRU13, insyaAllah Kota Darulnaim kembali ke tangan UMNO hasil transformasi yang dibawah oleh YAB PM, Dato Sri Najib Tun Razak.
Lihat siri kegagalan ceramah-ceramah PAS di sini.
Kredit pada Double Y untuk gambar.